A+ A A-

     PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIBU terletak di Tingkat 6, Wisma Persekutuan Blok 3 , Lot 462, Persiaran Brooke 96000 Sibu. Pejabat ini merupakan salah satu hirarki pentadbiran di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

 

     Menyingkap sejarah kewujudannya, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu telah mula bertapak dengan menumpang di bangunan Pejabat Daerah Sibu pada tahun 1949. Pada tahun 1953 pejabat ini berpindah dan beroperasi di bangunan Dispensary Lau King Howe, Sibu sehingga tahun 1976. Pada pertengahan tahun itu juga, sekali lagi pejabat ini berpindah dan beroperasi di Rumah Mubaligh Jalan Mission. Perpindahan pejabat berlaku lagi pada tahun 1982 dan kali ini berpindah ke Wisma Persekutuan Jalan Awang Ramli Amit, Sibu sehingga tarikh 30.06.1996. Sejak tarikh 01.07.1996 pejabat ini telah mula beroperasi di Tingkat 6, Wisma Persekutuan Blok 3, Lot 462, Persiaran Brooke Sibu hingga sekarang.

 

     Pejabat ini ditadbir urus oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu dan 10 Unit yang diketuai oleh Ketua Unit masing-masing. Unit-unit tersebut terdiri daripada Unit Pengurusan Sekolah, Unit Pengurusan Akademik, Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Unit Pengurusan Perkhidmatan, Unit Pembangunan dan Bekalan, Unit Kewangan, Unit Psikologi dan Kaunseling, Unit Pendidikan Islam dan Moral,Unit Maklumat/ICT serta Unit Penilaian dan Peperiksaan. Selain unit-unit tersebut PPD Sibu turut dibantu dengan wujudnya Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian dan Pusat Kegiatan Guru yang diketuai oleh Ketua/Penyelaras masing-masing.

 

     Di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Sibu terdapat 23 buah sekolah menengah (termasuk sebuah sekolah Vokasional) dan 93 buah sekolah rendah(termasuk sebuah sekolah rendah Pendidikan Khas(P).

Video

Site Statistics

Today 2

Yesterday 88

Week 277

Month 1447

All 113017

Currently are 49 guests and no members online

Disclaimer

The Sibu District Education Office shall not be liable for any loss or damage caused by the use of the information obtained from this website.