A+ A A-

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Sibu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

  1. Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
  2. Urusan permohonan pertukaran pelajar diurus dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan surat permohonan.
  3. Semua program sokongan pendidikan (HEM) diagih kepada pelajar yang berhak.
  4. Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat dari satu bulan setelah menerima senarai guru dari Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan memastikan bahawa semua ke sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru secukupnya mengikut keperluan sekolah, dua minggu sebelum sekolah bermula.
  5. Memastikan semua jenis permohonan diproses oleh PPD Sibu dalam tempoh tidak melebihi 90 hari (tidak termasuk urusan permohonan bermusim) dari tarikh yang ditetapkan dalam surat siaran.
  6. Mengurus dan menyelesaikan masalah perjawatan dan perkhidmatan personel dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan.
  7. Memaklumkan kekosongan semua jawatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak tiga bulan sebelum tarikh persaraan kakitangan.
  8. Memastikan tuntutan dari pegawai / guru dan bukan guru diproses dalam masa dua minggu dari tarikh tuntutan diterima.
  9. Memastikan semua urusan peperiksaan awam dilaksanakan tanpa cacat.
  10. Memastikan PPD Sibu sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan :
    1. Sentiasa memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang segera, mesra dan tepat;
    2. Menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada dan mengenai PPD diberi jawapan dalam tempoh satu bulan dan tarikh surat diterima daripada sekolah-sekolah.
  11. Bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan nama baik jabatan. 

Video

Site Statistics

Today 2

Yesterday 88

Week 277

Month 1447

All 113017

Currently are 5 guests and no members online

Disclaimer

The Sibu District Education Office shall not be liable for any loss or damage caused by the use of the information obtained from this website.