Objektif Unit Pendidikan Islam Dan Moral
- Memberi khidmat bantuan dalam menjayakan program / projek dan dasar Pelajaran mengikut Akta Pendidikan 1961 dan 1996.
- Membantu mempercepatkan pencapaian matlamat Dasar serta Matlamat Wawasan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Membantu mempercepat proses ke arah perpaduan dan kemajuan Negara melalui pelajaran.
- Meningkat kemudahan, peluang dan prestasi pelajaran terutama sekolah luar Bandar.
- Pengawasan dan penyeliaan yang berkesan untuk meningkat standard pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan Moral.
- Mengangkat memertabat Pendidikan Islam, Al-Quran, Jawi dan Bahasa Arab selari dengan Falsafah Pendidikan Islam.
- Membantu meninggi prestasi serta mutu perkhidmatan guru-guru dan kakitangan lain.
- Penyebaran maklumat serta penerangan tepat dan berkesan kepada sekolah.
- Perancangan dan strategi pelajaran yang tepat serta berkesan.
- Penyediaan keperluan asas sekolah yang lengkap serta meningkat minat belajar murid.
- Meningkatkan mutu serta prestasi dalam semua bidang dakwah dan kepimpinan.
- Menghasilkan kerja yang cepat, cekap dan bermutu tinggi.
- Ke arah standard kualiti tinggi dalam semua urusan.