A+ A A-

Berdasarkan kepada hasrat Pendidikan Negara, Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Sibu telah menyusun beberapa objektif yang boleh membawa kepada peningkatan dalam urusan yang berkaitan dengan Unit ini seperti berikut:-

  1. Memastikan dasar Pendidikan wajib dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya melalui bantuan Guru Besar, guru-guru, kakitangan sekolah dan masyarakat setempat;
  2. Memastikan 100% permohonan pertukaran guru dalam daerah yang memenuhi syarat diproses dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup permohonan seperti pada surat siaran;
  3. Memastikan penempatan guru dibuat mengikut keperluan sekolah
  4. Memastikan semua pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 mendapat tempat untuk belajar pada hari pertama persekolahan;
  5. Memastikan semua permohonan pertukaran murid yang lengkap diproses dalam tempoh selewat-lewatnya tiga hari dari tarikh surat itu diterima;
  6. Memastikan semua permohonan penubuhan Pusat Tuisyen/Institusi Swasta diuruskan dalam masa seminggu dari tarikh permohonan diterima
  7. Memastikan semua sekolah mempunyai PIBG yang berdaftar; dan
  8. Memastikan semua pelajar yang ingin mengulang peperiksaan tingkatan 5 mendapat tempat dalam peperiksaan berkenaan.

Video

Site Statistics

Today 23

Yesterday 41

Week 110

Month 712

All 139496

Currently are 11 guests and no members online

Penafian

Pejabat Pendidikan Daerah Sibu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.