- Akauntabiliti kepada PPD Sibu.
- Menyediakan Maklumat Pendidikan yang diperlukan di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Sibu.
- Membantu dalam kerja-kerja penyelarasan aliran maklumat dari Kementerian Pelajaran ke PPG, PPDK dan sekolah atau sebaliknya ( secara borang, disket atau e-mel )
- Memastikan maklumat di peringkat PPG sentiasa kemaskini, tepat, sah dan sahih.
- Melakukan kerja-kerja pegawai pengantara dalam rangkaian maklumat di antara Kementerian Pelajaran dengan, PPG PPDK dan sekolah.
- Melakukan kerja-kerja pengurusan maklumat di peringkat daerah dari segi memantau, mengumpul, menyimpan, memproses, menganalisis dan memelihara keselamatan data.
- Memberi latihan dan tunjuk ajar kepada pegawai dan kakitangan berkaitan di peringkat PPG, PPDK dan sekolah.
- Membantu mewujudkan inventori perkakasan dan kemudahan komputer bagi pengurusan maklumat di PPG, PPDK dan sekolah.
- Menghasil dan menyebarkan laporan statistik dan maklumat Pendidikan di peringkat bahagian.
- Membantu mewujudkan rekod pegawai maklumat di PPG, PPDK dan sekolah.
- Membantu menyediakan data dan maklumat oleh pihak-pihak yang memerlukan dari jabatan atau organisasi lain.
- Menyelenggara Sistem Aplikasi yang telah dibangunkan di PPG/PPDK /sekolah mengikut arahan dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi(BTMK), Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).
- Menyelenggara Sistem Komputer di PPG/PPDK dengan menjalankan kerja-kerja ‘house-keeping’ ,‘backup/recovery’ dan mendapatkan bantuan pembekal jika berlaku kerosakan.
- Menentukan peralalatan komunikasi data di PPG/PPDK/sekolah sentiasa berjalan dengan baik mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
- Membantu pengguna menyediakan khidmat’ad-hoc’ dan laporan tambahan dengan menggunakan perisian yang dibekalkan.
- Mewakili BTMK dengan memberi khidmat nasihat dalam aspek pengkomputeran di PPG secara amnya.
- Memaklumkan BTMK dari semasa ke semasa tentang perubahan dan pindaan yang dibuat atas permintaan pengguna kepada sistem yang telah dilaksanakan.
- Menyediakan dokumentasi yang lengkap dan terkemaskini bagi perubahan yang telah dibuat kepada sistem aplikasi yang dibekalkan oleh BTMK.
- Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana diarahkan dari semasa ke semasa.