Berdasarkan kepada hasrat Pendidikan Negara, Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Sibu telah menyusun beberapa objektif yang boleh membawa kepada peningkatan dalam urusan yang berkaitan dengan Unit ini seperti berikut:-
- Memastikan dasar Pendidikan wajib dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya melalui bantuan Guru Besar, guru-guru, kakitangan sekolah dan masyarakat setempat;
- Memastikan 100% permohonan pertukaran guru dalam daerah yang memenuhi syarat diproses dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup permohonan seperti pada surat siaran;
- Memastikan penempatan guru dibuat mengikut keperluan sekolah
- Memastikan semua pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 mendapat tempat untuk belajar pada hari pertama persekolahan;
- Memastikan semua permohonan pertukaran murid yang lengkap diproses dalam tempoh selewat-lewatnya tiga hari dari tarikh surat itu diterima;
- Memastikan semua permohonan penubuhan Pusat Tuisyen/Institusi Swasta diuruskan dalam masa seminggu dari tarikh permohonan diterima
- Memastikan semua sekolah mempunyai PIBG yang berdaftar; dan
- Memastikan semua pelajar yang ingin mengulang peperiksaan tingkatan 5 mendapat tempat dalam peperiksaan berkenaan.